Thursday 28 April 2011

Tahniah FAM

Hari ini FAM membuAt keputusan yang bijak dalam membenarkan pemain import dalam MSL tahun depan. Langkah ini diharap menaikkan lagi mutu pasukan bilasepak negara kita. Sebagai peminat sukan, kita sangat berharap ada pasukan dari Malaysia yang bersaing dalam AFC champions league. Ini bukanlah misi mustahil malah ianya dalam jangkauan. Kalau kelab dari Indonesia pun boleh layak ke AFC champions league, pasti kelab kita juga boleh. Mudah mudahan pasukan Perak akan menjadi kelab pertama dan perintis kelab dari Malaysia ke AFC champions league.

Impian ini bukan mudah kerana kita perlu bermula dari bawah. Ayuh semua kita gegarkan bola sepak asia dengan kehebatan kelab dari malaysia.

Smash kencang dari misbun

Akhirnya misbun telah membuat keputusan. Keputusan yang ibarat pukulan smash kencang kepada BAM dan peminat badminton negara khususnya. Apapun keputusan misbun, kita perlu akur dan hormati. Terima kasih kerana telah banyak berjasa kepada negara sebagai pemain dan jurulatih.

Semoga misbun terus berjaya dalam bidang yang ingin diceburi untuk masa depan. BAM perlu menyusun langkah baru dan perlu lebih bijak agar situasi yang sama tidak berulang kepada jurulatih lain. Yang rugi nanti tentulah sukan badminton negara kita. Muhasabahlah diri.....

Wednesday 27 April 2011

Alahai misbun

Isu Lee Chong Wei dan sifunya Datuk Misbun Sidek terus menjadi tanda tanya. Banyak sangat spekulasi melibatkan kedua-dua tokoh ini termasuk memgheret BAM, pak Menteri dan datuk zol. Dah masuk beberapa bulan tiada jalan penyelesaian. Apakah untungnya keadaan ini? Yang pasti, dunia badminton malaysia yang rugi. Kita kehilangan jurulatih yang terbukti berjaya dan pemain harapan kita tidak mendapat bimbingan dari jurulatih yang terbaik di negara kita dan mungkin di dunia. Pak menteri terus berharap kepada misbun dan dato zol dengan pandangan dan egonya. Misbun pun dengan egonya juga. Kesian pak menteri dan BAM macam tersepit dan mengharap yang terbaik dari penyelesaian isu ini.
Kepada misbun, janganlah ego sangat. Mungkin ada kehendak anda tidak dilayan tetapi ingat dan renungkanlah bahawa negara memerlukan anda. Sahut cabaran melatih pemain muda dan nasihatlah chong wei dari luar agar kita dapat melahirkan lebih ramai chong wei dan chong wei pula akan menjadi juara dunia dan juara olimpik. Tiada siapa yang untung jika terus melayan ego masing-masing. Ayuh misbun....kami terus berdoa dan berharap.